Sunday, April 10, 2011

minyak wangi a.k.a perfume

hye sume ! sehat ? cuaca kat rumah aku sekarang ni mendung dan angin pown tiup sepoi sepoi bahase je . macam nak suroh aku tido je kan. =.= ZzzZzzZzz . kang aku tido betol betol kang susah plak nak bangon . huhu

semalam kan . tangan aku tergatal plak tekan alat kawalan jaoh astro . bukan tekan butang R untuk mengundi pelajar pilihan tapi channel 106 astro oasis . waahaa . terus terbuka laa rancangan SEMBANG BERSAMA DATO' MASYITAH . *teringat classmate sekolah rendah . huhu topik semalam pasal minyak wangi . artis jemputan plak pelakon malaysia catrina ross dengan munif penyanyi nasyid kumpulan hijjaz . aku tengok catrina je , tersentuh hati kecil aku ni . Subhanallah ! cantiknya dy pakai tudung . sebenarnya dah banyak kali nampak dy keluar tv pakai tudung . before ni rancangan semanis kurma . pengacara dy ustazah bahayah dengan suami dy . aku pown suke tengok rancangan tu . cara ustazah mengacara program tu sangat bersemangat lagi laa dibantu oleh suami dy yang suke menghujahkan hadis dan ayat al-Quran plus plus dengan pantun dan lawak jenaka yang berilmiah . great and good job !

okay , menyimpang . bese laa kalau bercerita suke buat iklan kan . hehe jangan marah nanti cepat tua :D

sambung balek ea . dato' masyitah ada cakap fatwa ulama telah menegaskan bahawa minyak wangi yang beralkohol BOLEH digunakan dan dipakai ketika solat dan minyak wangi ini TIDAK haram .

ada beberapa soalan dari orang umum :
  • boleh ke pakai minyak wangi beralkohol ketika solat ?
  • boleh ke pakai minyak wangi beralkohol masuk ke masjid atau surau ?
  • senang citer , boley ke pakai minyak wangi beralkohol ?
 psst , bukan same je ke soalan kat atas tu ? tapi laen laen ayat ? HAHA peduli kan .

jawapannya :
BOLEH . minyak wangi beralkohol tidak haram digunakan . boleh dibawa solat dan dipakai ketika keluar berjalan jalan .

diingatkan bahawa , alkohol yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi , makanan seperti tapai dan juga di dalam arak adalah berBEZA sama sekali . yang diletakkan di dalam arak itu memabukkan dan boley memudaratkan sesiapa yang meminumnya . walhal minyak wangi tidak . faham ?

ingin berkongsi juga . asal usul minyak wangi dan juga mulanya minyak wangi ini wujud adalah dari MESIR . orang zaman purba kala dulu . zaman zaman firaun laa yang memulakan budaya berminyak wangi ini . ia digunakan dalam upacara keagamaan dan juga dipakai seharian . ia dibuat dari bunga bunga dan juga akar akar kayu yang wangi . ia diperah dan ekstraknya diambil untuk membuat wangian .

minyak wangi sunnah atau fitrah ?
  • sunnah . Nabi Muhammad pown memakai wangi wangian . 
ada cerita juga . seorang wanita yang sedang dalam haid datang menemui baginda dan bertanya cara menyucikan kotoran dy . baginda menjawab dan salah satu dari caranya adalah mengambil putik kapas dan letakkan minyak wangi lalu sapu di kemaluanmu untuk menghilangkan bau .

Saidatina Aisyah R.A jugalah yang menyediakan wangian untuk Rasulullah S.A.W. dan wangian yang digunakan oleh Rasul adalah sangat wangi .

sunnah juga ketika :
  • beribadah
  • sebelum membaca al-Quran
  • sebelum melangkah ke masjid atau surau
  • semasa ihram
  • hari jumaat
  • pagi hari raya 
peringatan ! minyak wangi lelaki dan wanita TIDAK SAMA ! dan mempunyai perbezaan . Nabi Muhammad S.A.W telah meletakkan garis panduan bahawa lelaki tidak boleh memakai minyak wangi wanita dan wanita tidak boleh memakai minyak wangi lelaki .

minyak wangi yang paling wangi adalah wangian kasturi . bukan dari jenama terkemuka seperti Polo , Dunhill , Body Shop , DKNY , Ralph Lauren , Charlie dan sebagainya . hehe tapi dari sejenis tumbuhan biasa iaitu kasturi .

 DKNY

 CLAINBORNE

 POLO

 THE BODY SHOP

 CHARLIE

kebaikan wangian kasturi :
  • syaitan takut untuk menghasut kita
  • menguatkan otot dan akal fikiran 
  • mengelakkan dirasuk syaitan dan jin
  • insyaAllah dihapuskan dosa
 WANGIAN KASTURI
 
 >>> kalau orang memberi minyak wangi sebagai hadiah hendaklah diterima dan jangan sesekali menolak .
 >>> orang yang menghabiskan 2/3 daripada hartanya untuk membeli minyak wangi tidak dikira membazir .

baiklah , itu saja ilmu yang hendak dikongsi . so , korang tayah laa risau pasal minyak wangi beralkohol . ianya HALAL digunakan . tapi bagi wanita , jangan laa sembur sampai setengah botol pula . boleh mengundang fitnah tu . tapi jangan pula tak pakai langsong . lagi timbul fitnah kalau orang cakap ada bau busuk . ye kan ? HAHA pandai pandailah kawal yerr .

perkara sunat yang digalakkan : MALU , NIKAH , BERWANGI-WANGIAN .


AKU MENCARI CINTA ABADI
- nadia nurul nabihah ahmad fuad -

No comments:

Post a Comment