Thursday, January 09, 2014

NOTHING MUCH TO SHARE

Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Iman bagaimana? Semoga segalanya baik baik sahaja. Alhamdulillah harini masih lagi diberi nikmat hidup dan juga nikmat Islam. 

Maaf kerana dah lama tak update entry baru. Tak tahu nak kongsi apa. Idea macam terbantut sebab dah lama tak mengarang. Hehe

Baiklah, harini aku nak kongsikan sajak. Nak kata sajak tapi ya ke? Tapi boleh dikategorikan sajak jugak la ni. hehe. Firstly, nak bagitahu sajak tersebut bukan hak cipta aku tapi telah diberi izin oleh tuan empunya sajak a.k.a penulis sajak ni untuk aku publishkan di blog aku yang tak seberapa ni.

Terima kasih kawan :)

Here we go! 

Bismillah.

Wahai kenalanku,
Aku tahu tiada apa yang sempurna di dunia ini,
Aku tahu tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan.
Di dunia ini sering kali kita dikaburkan dengan janji janji manis 
Yang telah digembar gemburkan.

Tapi,
Saat ini aku telah sedar dari lenaku,
Aku sudah tersedar dari dunia ciptaan aku sendiri.
Saat ini baruku sedar aku telah terpedaya,
Dunia yang indah selama ini hanyalah tipu daya.

Wahai teman sekalian,
Andai dikau mengerti apa yang aku coretkan,
Bukalah matamu dan perhatikanlah sekelilingmu,
Inilah realiti.
 Andai dikau masih tidak mengerti,
Pejamkanlah matamu, bukalah hatimu.
Dengan nama Allah,
Singkaplah apa yang ingin aku sampaikan.

Wahai saudaraku,
Cinta itu begitu indah seakan akan dunia kita yang punya,
Bercinta itu sangat menyenangkan 
Sehingga mampu membahagiakan sang pencinta.
Cinta itu bisa membuatkan kita lupa akan segala permasalahan,
Cinta dapat merapatkan dua hati yang berjauhan.
Selain itu cinta jugak bisa mengubat duka.

Cinta itu suci, malah fitrah bagi manusia.
Ia juga bisa menjadi penghibur jiwa yang kesepian.
Begitu indah pada siapa yang bisa merasakan cinta.
Sungguhpun cinta itu dapat menyenangkan diri ini,
Kita seringkali menyalahanggap rasa cinta itu.
Sehingga rasa cinta yang dimiliki itu melebihi segalanya.

Wahai sahabatku,
Jika engkau mengerti apa yang aku sampaikan,
Engkau adalah insan yang terpilih. 
Tetapi seandainya engkau masih terpinga,
Duduklah dahulu selami kata kataku.
Dengarilah apa kataku,
Indahnya saat perkenalan masih segar diingatan.
Walaupun sudah berlalu,
Aku yakin takdirlah yang menemukan kita.

Wahai teman,
Saat cinta menyusup ke dasar hati, segala peristiwa indah belaka.
Namun sampai di suatu saat,
Keindahan sebuah pelangi pastikan berlalu.
Aku tahu kalian mengerti bahawa cinta itu suci.
Oleh itu, mengapa ada yang mencemarkannya?
Apakah cinta itu landasan kearah kemaksiatan?
Jika demikian pepatah "cinta itu suci" hanyalah tipu daya.

Wahai pencinta,
Ingin aku bertanya,
Adakah cinta itu dikawal oleh nafsu atau keimanan?
Apakah penyatuan dua hati 
yang dilakukan atas lafaz "aku terima nikahnya" itu dibayangi oleh kemaksiatan?

Wahai kawan, 
Kamu adalah bakal zauj dan zaujah,
Antara kalian juga adalah bakal imam, bakal pemimpin masa hadapan.
Tapi usah dilupa bahawa kita semua juga adalah bakal jenazah.

Ya sahabat,
Semua yang didunia ini hanyalah pinjaman,
Segala yang kita miliki 
mungkin akan kembali semuala pada yang Maha Esa.

Teman,
Andai dapat kita ulang ke masa lalu, pasti tiada istilah keinsafan,
Tiadalah kata kata taubat dalam kehidupan.
Masih belum terlambat untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pemaaf.

Wahai sahabatku,
Jika masih ada keraguan tanyalah dirimu,
Apakah tujuan kamu diciptakan?
Apa pula yang patut kamu dahulukan 
Dan apa yang patut terletak dihati kamu.
Jika engkau mahukan keyakinan, 
Kembalilah kepada kalamullah dan as-sunnah. 
Segalanya pasti terjawab.
Andai engkau masih perlukan kefahaman,
Luangkanlah masamu bersama ahli sufi.
Selain itu, tadahlah tanganmu dan memohon kepadaNya.

Sahabat,
Jika dikau dilamun cinta,
teguhkan cintamu pada Allah nescaya kau takkan dikecewakan.
Pada kamu yang berjauhan,
Rindukanlah insan bernama Muhammad Bin Abdullah,
Kelak kau akan rasa dirimu begitu bermakna.
Pada anda yang dicurahi perasaan sayang,
Sayangilah agamamu 
Dan engkau akan rasa indahnya sebuah persaudaraan.

Bukalah matamu, selamilah hatimu. Tanyalah dirimu apakah yang terkandung di dalamnya.

Allahuakbar!

***
Semoga apa yang penulis ini nak sampaikan dapat difahami oleh pembaca. InsyaAllah. Semoga apa yang kita buat didunia dibawah rahmat dan redhaNya. Aamiin!

Sebenarnya ada lagi satu sajak. Tapi aku hold dulu. Next entry insyaAllah. Doakanlah aku panjang umur, bolehlah update sajak tu :)

Maaf kerana aku meng-update entry dalam keadaan tergesa-gesa sebab rushing mengejar waktu. Yela, masa itu emas. Hehe 

Just for your info readers, this last semester, i have a lot of projects, assignments, tests, quizes etc to be done. Pray for me and all my friends to success with cemerlang gemilang dan terbilang. Hewhew ^.^

Terima kasih semua sebab sudi luangkan masa membaca blog aku. I appriciate much.

Lots of love from me, Nadia. Jaga diri, jaga iman. Bbye!

Assalamualaikum WBT :)