Wednesday, December 19, 2012

APA ADA DENGAN HATI?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT.

Pertama sekali, ingin aku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi dengan adanya peluang untuk aku menghela nafas dibumi ini. Alhamdulillah dengan izinNya dapat lagi aku meng-update entry untuk blog yang hampir dipenuhi dengan sawang ni. Uhuk. Uhuk. *batuk* #MengadaBetul.

Nampak sangat pengaruh Twitter dah sampai ke blog nampaknya. Siap hashtag bagai kan. Haha! Just selingan. Pembuka bicara a.k.a muqadimah =)

To my beloved friend, Hannah Saniah, sorry  sebab lambat publish this entry.

Okay, kali ni aku rasa teruja untuk berkongsi ilmu mengenai hati. Wink wink ^^,

Hurm, apa itu hati ekk? Korang rasa apa itu hati? Yang aku tahu, hati tu adalah seketul daging yang diperbuat dari gumpalan darah. Hati juga merupakan organ yang sangat penting dalam sistem badan manusia.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

Dari hadis ni dapatlah kita ketahui betapa pentingnya untuk menjaga hati kita. Same goes to other quote says, “You are what you eat.” Apa yang kita bagi hati kita makan, hasilnya depends pada makanan yang diberi tu. Get it or not?

Kebiasaannya hati ni orang akan libatkan dengan perasaan. Sayang, cinta, gembira, sedih, suka, bahagia, benci, dengki, belas kasihan and banyak lagi la yang korang sendiri pun tahu. Am I right? 

Now, perbincangannya adalah mengenai hati mati. Kenapa boleh jadinya hati mati? Puncanya? Anyone? Ya! Disebabkan dosa-dosa yang kita buat. Setiap dosa yang kita buat akan menyebabkan timbul setitik warna hitam di hati kita. Ingat! Setiap satu dosa, satu titik hitam timbul. Cuba ingat balik, berapa banyak dosa yang sudah kita lakukan. Astaghfirullahal ‘Azim. Mari istighfar wahai sahabat. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang lampau, dosa kita sewaktu sekarang dan juga dosa kita yang akan datang. Aamiin!

Actually semua dosa yang kita buat akan me-mati-kan iman kita. Tapi antara dosa-dosa yang kerap kita lakukan dan tanpa kita sedari (sebenarnya sedar tapi buat-buat tak sedar kan?) adalah maksiat. Atau nama lain zina. Haa, kena ingat jugak yang zina ni ada banyak. Zina hati, zina mata, zina tangan, zina telinga, zina kaki and zina yang biasa korang dengar tu. In my opinion, dalam banyak-banyak jenis zina ni, zina hati merupakan zina yang paling susah nak jaga. Sebab tu la kita disuruh untuk menjaga hati.

Selain itu, punca hati mati adalah dari segi pemakanan. Makanan yang kita makan tu la yang membentuk hati kita. Contoh makanan haram seperti makanan yang dicuri, makanan yang dibeli dari hasil menang judi, dari hasil rasuah dan makanan yang dibeli dari duit hasil riba. Semua perbuatan yang aku sebutkan tu tak diredhai Allah maka makanan tu semua makanan yang tidak diredhai. Tiada keberkatan dalamnya. Sebab tu la hati jadi gelap, susah untuk ingat Allah, banyak melakukan dosa dan banyak lagi perkara kemungkaran boleh berlaku.

Bila hati gelap, nak tunaikan ibadah pun susah. Solat tunggang langgang, lopong sana, lopong sini. Bila solat je, susah betul nak khusyuk. Nak capai kepuasan dalam solat pun tak dapat. Ini semua angkara hati gelap.  Bila hati gelap, rasa diri tu tak tenang, gundah gulana. Betul tak?

Allah SWT berfirman, “Dan barang siapa buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat kelak dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar).” (Surah al-Isra': ayat 72)

Nak ke kita jadi orang yang buta dan tersesat jauh? Mesti tanak kan? Renung-renungkan dan selamat beramal! 

Selain daripada sukar untuk menunaikan ibadah, kesan lain yang boleh terjadi akibat daripada hati mati adalah runtuhnya institusi kekeluargaan. Bila tiada pegangan agama yang kukuh, bagaimana kita mahu memimpin keluarga kita kejalan yang diredhai Allah? Apabila hati gelap, kesabaran sukar dikawal. Kita juga akan menjadi keras hati dan sukar untuk menerima pendapat orang lain. Kesannya, hubungan sesama manusia tidak adapt dijaga.

Oleh yang demikian, aku menyeru kepada sahabat sekalian untuk transform diri agar mendapat hati yang terang, lapang dan jauh dari kesulitan. InsyaAllah.

Cara nak mengubat hati kita ni mudah je. Actually aku dapat tips ni dari lagu nyanyian Opick, Tombo Hati. Tombo hati ni maksud dia lebih kurang macam pengubat hati la. Antara cara-caranya adalah:
  • ·         baca al-Quran dan makna
  •       solat malam
  •             berkumpul dengan orang soleh
  •       banyakkan puasa sunat
  •       zikir sepanjang malam

Orang yang membaca al-Quran ni hatinya bersinar. Malah orang yang membaca satu huruf dalam al-Quran akan mendapat satu kebaikkan. Satu kebaikkan bersamaan dengan 10 pahala tau. Siapa nak kasi kita free free je pahala macam ni? SubhanAllah. Allah Maha Pemurah kepada hamba-hambaNya.

Selain itu,

"Barangsiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari kiamat yang sinarnya akan melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di dalam rumahnya didunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula diri sendiri yang mengamalkannya." (HR. Ahmad dan Abu Hakim)       

Ya Allah, dapat tak korang bayangkan betapa besarnya ganjaran bagi orang yang membaca al-Quran ni? Bukan setakat dapat memenyucikan hati kita yang gelap gelita ni, malah dapat berjasa kepada kedua ibu bapa kita. Kaching! Kaching! ^^,

Sabda Nabi SAW, “Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat sunat Tahajjud atau solat malam.” (HR Imam Muslim)

Solat malam merupakan sunnah Nabi SAW. Sedangkan nabi yang dijamin masuk syurga tu pun buat solat malam, apatah lagi kita ni sebagai manusia biasa. Mestilah ada ganjaran yang telah Allah janjikan untuk orang yang bersolat malam ni ;) Jangan lupa solat sunat taubat dan witr sekali.

Sahabat, kita digalakkan banyak berzikir dalam sehari-hari. Bukan sukar pun, sambil jalan ke kelas, sementara menunggu pesanan makanan sampai, kita boleh gunakan masa yang ada ni untuk berzikir.

Abu Musa ada melaporkan, Nabi Muhammad SAW berkata, “Perbandingan orang yang berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati.”

Jangan lepaskan peluang ya. Lainlah kalau korang nak jadi seperti orang yang mati. Hmm hmm.

Oh ya! Ustaz aku ada bagitahu, syaitan pernah dihukum oleh Allah dengan hukuman tidak diberi makan dan minum. Pada waktu ni, syaitan surrender. Oleh sebab tu, kita digalakkan untuk berpuasa sunat sebab nafsu akan tunduk dengan cara kita berpuasa. Mungkin dengan cara ni, dapat memulihkan hati kita yang mati tu. InsyaAllah

Kesimpulannya, hati ini sangat penting dalam membina jati diri seseorang. Oleh itu, walau apa jua keadaan sekalipun, marilah sama-sama kita kembali mendekatkan diri padaNya. Marilah kita berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah, walaupun bukanlah yang terbaik dalam kalangan manusia. Manusia ini memang tidak akan pernah sempurna. Kerana sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.
Semoga Allah menerima taubat kita. Jangan pernah merendah-rendahkan sahabat yang lain. Astaghfirullah. Istighfar ya sahabat-sahabat. Istighfar. Semoga hati kita bersih dari sifat riak dan takabbur ini. Semoga husnudzon yang sentiasa menjadi pilihan kita. Semoga Allah izinkan hati kita untuk kembali padaNya. Aamiin!
Sampai sini dulu coretan aku untuk kali ini, berharap agar jumpa di lembaran akan datang. InsyaAllah.
Jaga diri. Jaga iman. Jaga akhlak. Jaga solat. Assalamualaikum WBT!