Tuesday, January 31, 2012

BERTUAHNYA JADI WANITA

Assalamualaikum =)






1.) Dia bekerja dengan Allah. Jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......





If everyone knew the true status of a muslim women, even the men would want to be women. "When she is a DAUGHTER, she open the door of jannah for his father, when she is a WIFE, she completes half of deen for her husband. And when she is a MOTHER, Jannah lies under her feet"




#Renung-renungkanlah sahabatku =) untuk diriku juga.

Sunday, January 29, 2012

SIAPA KITA UNTUK MENILAI INSAN LAIN

Assalamualaikum =)
Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku! Alhamdulillah, Walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, kerana masih mampu menulis dan diberikan ilhamNYA untuk terus dan terus menulis tanpa jemu atau berputus asa. Dengan itu anda mampu membaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni. Diharapkan sama-sama mendapat manfaat! InsyaALLAH.. Semoga saling ingat mengingatkan dan sampaikanlah kebaikan dan pesan walau 1 ayat!... InsyaAllah...
Sedang saya berfacebook, saya tertarik dengan status salah seorang rakan Facebook dan saya salin sebahagian dari statusnya untuk menjadi status saya. Alhamdulillah, niat untuk memberi kesedaran kepada kita semua, termasuk saya. Ya! Termasuk saya. Saya juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated orang lain juga. Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan gambar di bawah...
 Kita semua sama di sisiNYA. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur... Cuba kita sama-sama renungkan...
Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang! InsyaALLAH. Yang penting, jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...
"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).
Sementara itu dalam kehidupan kita memang tidak dinafikan pasti akan menemui manusia yang memang sikapnya akan memandang rendah insan lain. Biarlah.Kkerana, suatu hari nanti dia pasti sedar dari kesilapannya! Kita doakan sahaja. Semoga dia diberi hidayah Allah. InsyaAllah..
"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim)..
Melihat betapa pentingnya sikap positif tanpa memandang rendah insan lain, saya tertarik dengan konsep yang pernah dikongsikan sewaktu kursus KSPK lepas, dari sudut kanak-kanak, jangan sesekali kita melabelkan mereka... kerana mereka adalah insan yang masih baru mengenali dunia dan masih perlukan sokongan dan perhatian orang dewasa untuk berkembang... Jadi sebagai orang dewasa kita seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar bukannya melabel dan asyik memarahi... Sila ambil perhatian !
InsyaAllah, sesungguhnya semakin kita menerokai sesuatu ilmu yang bermanfaat, semakin banyak manfaat yang kita perolehi dan dapat dikongsikan bersama. Siapa kata FB tu sesuatu laman sosial yang tak bermanfaat?
Renung-renungkan semua. Salam Muhasabah dan istiqamah dalam kebaikan! Allah humma amin....
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya"surah Al-Isra' ayat 27.
Renungan buat kita semua...
Mari kita tajamkan mata hati dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat-ayat cinta suci FirmanNYA.... Wallahu alam..

#copy paste dari iluvislam untuk perkongsian bersama teman =)

Wednesday, January 25, 2012

TIADA TERMA ATAU SYARAT UNTUK BERUBAH

Dosa merupakan penghubung antara manusia dengan taubat. Setiap insan pasti akan terdetik didalam sanubarinya, rasa ingin bertaubat dan ini merupakan langkah pertama dalam menuju hakikat hidup yang sebenar. Fitrah dunia ini diciptakan adalah menjadi pentas buat kita mengumpul sebanyak bekalan yang mampu dibawa kedunia yang kekal abadi, dan beruntunglah mereka yang melalui jalan-jalan menuju taubat.
Adakah Masih Ada Peluang?
Suasana hening dan nyaman di sekitar Gerai Mcfly membuatkan aku terkesima dengan deruan ombak yang membasahi pantai. Sangat sukar merasai suasana seperti ini tatkala Musim Monson di Pantai Timur terkenal dengan angin kencang dan deruan ombak yang menggila. Teh tarik yang masih panas aku hirup perlahan-lahan menjadi pelengkap kepada kedamaian petang itu.
Sedang asyik melayan perasaan, aku disapa oleh satu suara yang sangat aku kenali. "Sorang je ke?", dengan refleksi spontanku menjawab "waalaykumussalam, a'ah sorang je", Amir menjadi segan seketika, mungkin merasa malu kerana lupa memberikan salam terlebih dahulu. Amir duduk disebelahku, lalu kami berbual tentang hal-hal yang mewarnai kampus ketika ini. Benar, Universiti di persisiran pantai ini mempunyai banyak masalah, hakisan pantai dan masalah pentadbiran menjadi tajuk perbincangan kami.
Sedang rancak berbual, pertanyaan Amir tentang suatu hal menyentak jiwaku saat itu, "Bro, ko rase kalau aku taubat tuhan terima tak". Soalan diluar dugaan. "Kenapa tuhan tak terima pulak?" balasku dalam nada selamba tetapi penuh perhatian. "Banyak kot dosa aku, bertimbun bai".
Adakah menjadi suatu masalah bagi Allah untuk mengampunkan dosa hamba-Nya? Kadangkala kita terlalu berfikir  tentang dosa dari taubat itu sendiri. Allah memasukkan seorang pelacur yang memberi anjing minum kedalam syurga, dan adakah menjadi suatu yang sukar kepada Allah untuk memasukkan kita kedalam syurga-Nya? Tiada yang mustahil buat Allah. Maka taubat adalah kunci penghapus segala dosa.

Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Surah At-Tahrim (Ayat 8)

Allah tidak pernah meletakkan "Terma dan Syarat" dalam menerima taubat hambaNya. Ketahuilah, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah sangat menyukai apabila hambaNya merintih memohon taubat dariNya, dan ketahuilah kita sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat meskipun sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan. Maka manfaatkanlah ruang dan peluang taubat itu dengan sebaiknya sebelum kita dipanggil menuju ke destinasi sebenar.


#untuk panduan diri sendiri dan juga orang yang disayangi *anda semua =)

Wednesday, January 18, 2012

SHARING IS CARING. CARING IS LOVING. I LOVE YOU!

Assalamualaikum =)

Hari ini aku nak share cerita. Cerita ni pun aku dapat dari kawan aku. Dia post kat facebook. terima kasih.

xxx---xxx---xxx

Keluhan REMAJA perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal lelaki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe.Perempuan auratnya lagi banyak.”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

xxx---xxx---xxx

haa. Korang semua faham tak? confirm laa korang faham kan. benda simple dan semua orang dah tawu dah pasal benda ni. 
#terkena batang hidung sendiri pun ada jugak -.-'

what can I say more? nak ulas panjang pun bukan aku ni pandai sangat nak cakap pasal bab bab agama ni. tapi insyaAllah, untuk berkongsi apa yang aku tahu tu dah pasti =)

ni bukan untuk mereka yang bergelar wanita sahaja. lelaki pun sama gak. kalau kita saling bekerjasama ke arah ini, segalanya akan jadi mudah. tade nak tunding jari menyalahkan sesiapa pun. semuanya terletak kat diri kita sendiri. salah kita jugak. walaupun tak banyak tapi 1% tu mesti ada punya la. 

sebagai manusia kita tak perfect, sering melakukan kesalahan. tapi apa salahnya jika kita mengakui kesalahan dan kelemahan diri. betul tak?

FREE ADVICE. TAKE IT OR LEAVE IT =)

Wednesday, January 11, 2012

HE ALWAYS BY MY SIDE

Assalamualaikum =)

#dengan penuh rasa rendah diri.

Bismillahirrahmannirrahim...

ya Allah, ampunkanlah dosaku. dosa kedua ibu bapaku, dosa seluruh ahli keluargaku, guru-guruku, dan juga rakan-rakanku. Jadikanlah kami ini orang yang beriman, orang yang taat perintahMu, orang yang menuruti sunnah rasulMu. jika kami pergi nanti, lapangkanlah kubur kami umpama sebuah taman dari taman syurga. tempatkanlah kami dalam golongan orang-orang yang beriman.

ya Allah, jadikanlah keputusan peperiksaan yang kami hadapi, keputusan yang cemerlang. keputusan yang dapat melanjutkan pelajaran kami ke tempat yang lebih tinggi. kurniakanlah kami rezeki yang berkekalan. berikanlah kami pekerjaan yang halal dan berpendapatan lumayan.

ya Allah, kau jauhkanlah kami dari godaan syaitan yang direjam, jauhkanlah kami dari fitnah dajjal serta jauhkanlah kami dari malapetaka, bencana dan azab seksa nerakaMu. dekatkanlah kami dengan kebaikkan, kesihatan dan nikmat syurgaMu.

ya Allah, jadikanlah kami ini hambaMu yang istiqamah dalam melakukan ibadah kepadaMu. berikanlah kami kesabaran, kekuatan untuk menghadapi ujian-ujianMu. tetapkanlah pendirian kami. teguhkanlah iman kami. ya Allah, peliharalah dan lindungilah maruah kami.

kurniakanlah jodoh yang terbaik untuk kami. jodoh yang boleh membimbing kami ke jalan yang benar, ke jalan yang Engkau redhai.

ya Allah, Kau sayangilah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka menyayangi kami sejak kecil. Kau panjangkanlah umur mereka. permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat mereka. berikanlah kebahagian didunia dan kejayaan di akhirat untuk mereka.

sesungguhnya, aku ini hambaMu yang lemah, hambaMu yang tidak pandai berdoa. Kau makbulkanlah apa sahaja yang terlintas dihati dan difikiran kami. makbulkan doaku, makbulkan hajatku, makbulkan impianku.

terimalah taubat kami.

Amin ya Rabbal 'Alamin..

ya Rahman, terima kasih atas segala-galanya =)