Wednesday, January 11, 2012

HE ALWAYS BY MY SIDE

Assalamualaikum =)

#dengan penuh rasa rendah diri.

Bismillahirrahmannirrahim...

ya Allah, ampunkanlah dosaku. dosa kedua ibu bapaku, dosa seluruh ahli keluargaku, guru-guruku, dan juga rakan-rakanku. Jadikanlah kami ini orang yang beriman, orang yang taat perintahMu, orang yang menuruti sunnah rasulMu. jika kami pergi nanti, lapangkanlah kubur kami umpama sebuah taman dari taman syurga. tempatkanlah kami dalam golongan orang-orang yang beriman.

ya Allah, jadikanlah keputusan peperiksaan yang kami hadapi, keputusan yang cemerlang. keputusan yang dapat melanjutkan pelajaran kami ke tempat yang lebih tinggi. kurniakanlah kami rezeki yang berkekalan. berikanlah kami pekerjaan yang halal dan berpendapatan lumayan.

ya Allah, kau jauhkanlah kami dari godaan syaitan yang direjam, jauhkanlah kami dari fitnah dajjal serta jauhkanlah kami dari malapetaka, bencana dan azab seksa nerakaMu. dekatkanlah kami dengan kebaikkan, kesihatan dan nikmat syurgaMu.

ya Allah, jadikanlah kami ini hambaMu yang istiqamah dalam melakukan ibadah kepadaMu. berikanlah kami kesabaran, kekuatan untuk menghadapi ujian-ujianMu. tetapkanlah pendirian kami. teguhkanlah iman kami. ya Allah, peliharalah dan lindungilah maruah kami.

kurniakanlah jodoh yang terbaik untuk kami. jodoh yang boleh membimbing kami ke jalan yang benar, ke jalan yang Engkau redhai.

ya Allah, Kau sayangilah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka menyayangi kami sejak kecil. Kau panjangkanlah umur mereka. permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat mereka. berikanlah kebahagian didunia dan kejayaan di akhirat untuk mereka.

sesungguhnya, aku ini hambaMu yang lemah, hambaMu yang tidak pandai berdoa. Kau makbulkanlah apa sahaja yang terlintas dihati dan difikiran kami. makbulkan doaku, makbulkan hajatku, makbulkan impianku.

terimalah taubat kami.

Amin ya Rabbal 'Alamin..

ya Rahman, terima kasih atas segala-galanya =)


No comments:

Post a Comment