Thursday, May 31, 2012

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥

Assalamualaikum. 

First of all, aku nak bagitahu ni bukan penulisan aku. Bukan hak milik aku. Penulisan ini diambil dari blog lain (iluvislam). Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita. InsyaAllah =) Selamat membaca!

***


Andai lelaki tahu
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan kata dia rindu dengan kamu, dia benar-benar memaksudkannya.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud untuk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.

SEMOGA BERMANFAAT

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya. Ibarat tasbih dan benang pengikatnya. Terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

***

Khas untuk mereka yang bergelar lelaki tidak kira, tok bak, abah, abang, anak, saudara lelaki dan juga rakan lelaki aku. =)


Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.




Sunday, May 20, 2012

WE MUST APPRECIATE OUR LIFE

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, diberi kesihatan dan juga kesempatan untuk update blog. Terima kasih Allah. Mungkin entry kali ini tak dapat kongsi apa apa ilmu tapi just nak cerita aktiviti harian semasa cuti (tade la hari-hari buat benda ni je) hehe! Maaf jika ada kekurangan.

Mama with me
Gambar dengan mama time ni masa pergi AEON Bukit Indah. Saja jalan cari baju dengan seluar. Alhamdulillah jumpa and dapat apa yang aku nak. Eh, jumpa Fazrul (classmate uitmpp)! haha. =D


Sebenarnya kan. Hari ni ulang tahun kelahiran kakak aku yang sulung. HAPPY BIRTHDAY ALONG! May Allah bless you. Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat awak. Jaga diri, Jaga keluarga. I love you! =) 

So, disebabkan harini birthday dia, aku saja la buat puding caremel ni. #padahal dia yang ajarkan. hewhew! Lepas ni siapa yang berminat boleh la buat order kat aku ye. Okay kidding je =P

Puding caremel
Nasi ayam ni pulak along sendiri yang masak. Dia expert kalau bab nasi ayam ni. Sedap! Big clap for her =D

Nasi ayam
Okay la. Tu je pun yang aku nak share. Buat masa ni, pencarian aku tak settle lagi. Tade rezeki la agaknya. InsyaAllah next entry aku kongsikan benda yang lebih menarik dan lebih ilmiah. Doakan la aku dipanjangkan umur so, aku boleh share ilmu dengan korang semua. 

"Never love anything that can't love you back."

Assalamualaikum =)

Monday, May 07, 2012

SEBAGAI HAMBA ALLAH

Assalamualaikum

Maaf kerana lambat update entry untuk kali ini kerana disebabkan kesihatan yang tidak diizankan. Demi mengotakan janji aku untuk update blog. Aku ingin berkongsi sedikit ilmu dari apa yang dah baca sebelum ini. Maafkan aku jika ada kesilapan dan berilah teguran. InsyaAllah, apa yang aku kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih.

***

Wanita mukmin memiliki keyakinan kukuh, yang kita dicipta bagi melaksanakan tugas penting dalam hidup ini, seperti yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahKu. 
(Surah Dzaariyat: ayat 56)

Bagi wanita mukmin, kehidupan ini bukan untuk dihabiskan pada kerja-kerja di rumahnya ataupun bagi bersukaria. Sebaliknya kehidupan ini memiliki matlamat yang penting iaitu bagi menjadi hamba Allah yang taat. Matlamat ini dapat dicapai apabila kita melakukan semua amalan dengan niat yang ikhlas. Rasulullah SWT bersabda:

"Semua perbuatan itu bermula dengan niat, dan setiap manusia mendapat apa yang diniatkannya. Oleh itu, sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulNya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah. Sesiapa yang berhijrah kerana mahu mendapatkan sesuatu manfaat duniawi seperti mengahwini wanita, maka hijrahnya itu untuk apa yang diniatkannya."

Dengan demikian kita boleh berniat dalam keadaan beribadah terus menerus, selagi niat kita itu semata-mata kerana Allah. Setiap hari selepas bangun dari tidur, kita perlulah berniat bagi beribadah kepada Allah bagi mencari keredhaanNya.

Apabila kita sudah berniat begitu, barulah kita dapat melaksanakan kerja kita dengan sempurna dan ikhlas, seperti melakukan kerja-kerja rumah, menjaga dan mendidik anak-anak, menyambung silaturrahim dengan jiran, kaum kerabat dan rakan-rakan, atas dasar taat kepada perintah Allah dan RasulNya.

***

Lately ni, post aku berat kepada wanita sebab aku tengah berusaha untuk habiskan bacaan aku. Aku cuma berkongsi apa yang aku baca pada korang. InsyaAllah, kalau diizinkan aku akan post pasal lelaki pula. Enjoy your reading here! Thank you! =)

notakaki: Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah, Dr. Muhammad Ali Hashimi, Pustaka Azhar.