Monday, May 07, 2012

SEBAGAI HAMBA ALLAH

Assalamualaikum

Maaf kerana lambat update entry untuk kali ini kerana disebabkan kesihatan yang tidak diizankan. Demi mengotakan janji aku untuk update blog. Aku ingin berkongsi sedikit ilmu dari apa yang dah baca sebelum ini. Maafkan aku jika ada kesilapan dan berilah teguran. InsyaAllah, apa yang aku kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih.

***

Wanita mukmin memiliki keyakinan kukuh, yang kita dicipta bagi melaksanakan tugas penting dalam hidup ini, seperti yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahKu. 
(Surah Dzaariyat: ayat 56)

Bagi wanita mukmin, kehidupan ini bukan untuk dihabiskan pada kerja-kerja di rumahnya ataupun bagi bersukaria. Sebaliknya kehidupan ini memiliki matlamat yang penting iaitu bagi menjadi hamba Allah yang taat. Matlamat ini dapat dicapai apabila kita melakukan semua amalan dengan niat yang ikhlas. Rasulullah SWT bersabda:

"Semua perbuatan itu bermula dengan niat, dan setiap manusia mendapat apa yang diniatkannya. Oleh itu, sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulNya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah. Sesiapa yang berhijrah kerana mahu mendapatkan sesuatu manfaat duniawi seperti mengahwini wanita, maka hijrahnya itu untuk apa yang diniatkannya."

Dengan demikian kita boleh berniat dalam keadaan beribadah terus menerus, selagi niat kita itu semata-mata kerana Allah. Setiap hari selepas bangun dari tidur, kita perlulah berniat bagi beribadah kepada Allah bagi mencari keredhaanNya.

Apabila kita sudah berniat begitu, barulah kita dapat melaksanakan kerja kita dengan sempurna dan ikhlas, seperti melakukan kerja-kerja rumah, menjaga dan mendidik anak-anak, menyambung silaturrahim dengan jiran, kaum kerabat dan rakan-rakan, atas dasar taat kepada perintah Allah dan RasulNya.

***

Lately ni, post aku berat kepada wanita sebab aku tengah berusaha untuk habiskan bacaan aku. Aku cuma berkongsi apa yang aku baca pada korang. InsyaAllah, kalau diizinkan aku akan post pasal lelaki pula. Enjoy your reading here! Thank you! =)

notakaki: Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah, Dr. Muhammad Ali Hashimi, Pustaka Azhar.

No comments:

Post a Comment