Sunday, November 04, 2012

HIDAYAH MILIK ALLAH


Pergi berkelah ke Tanjung Bidara,
Tidak lupa membawa makanan;
Lafaz bismillah pembuka bicara,
Salam sejahtera saya ucapkan.

Ewah, berpantun bagai. Hikhik. Okay, kalau korang semua nak tahu, masa aku form 3 aku punya paper bahasa melayu pernah dapat markah tinggi sebab ada letak pantun dalam karangan jenis ucapan *clapclapclap* :D Habis cikgu bawak paper aku tu tunjuk kat kelas yang dia ajar. Aku ingat lagi, nama cikgu tu cikgu Sahadun. Terima kasih cikgu :)

Now, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT :)

Korang semua apa khabar? Iman sihat? Hati sihat? Harap segalanya sihat la ya. InsyaAllah.

Setelah sekian lama aku tak menaip, berkongsi ilmu pengetahuan yang aku belajar, kali ni aku dapat request dari kawan aku. She wanna me to tell a story about my journey in reaching Jannah. InsyaAllah, jadikanlah perjalanan hidup aku sebagai pengajaran dan pedoman. Semoga kita diberi peluang untuk terus mendekatkan diri kepadaNya. Aamiin!

Kalau ada kekurangan atau kesilapan dalam aku punya penulisan kali ni, maafkan aku :)

Actually, aku tak tahu nak start dari mana. Hehe

Erm, okay. 

Aku rasa perasaan nak berubah tu datang lepas aku habis SPM. Kawan sekolah aku meninggal dunia masa PLKN kat Sabah. Masa tu bulan Februari. 15 Februari kalau tak silap aku. Lepas tu, aku ada tengok cerita Kashaf Imani. Lagu tema cerita tu tajuk dia Tiada Duka Yang Abadi by Opick. Bila dengar lagu tu, hati aku terus tersentuh. Sayu je. Lepas tu, aku terus download lagu tu. Setiap kali aku dengar lagu tu, aku akan menangis. Tapi aku tak tahu kenapa =.= Then, aku jadi addict dengan opick, mostly lagu dia aku download, aku dengar banyak banyak kali. 

Tiada Duka Yang Abadi - Opick
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Lepas tu aku mulalah tertarik dengan pakaian muslimah. Aku try cari tapi susah nak jumpa, kalau ada pun agak mahal la bagi untuk memilikinya sedangkan aku pun tidak bekerja waktu tu. Jadi, aku pakai jela baju baju aku yang agak besar sikit. Masa tu aku tambah ilmu agama aku dengan cara tanya kengkawan tapi secara personal dan tidak terbuka. Aku tanya pun limit kepada sorang dua member je. Family aku sorang pun tak tahu niat yang terbuku dihati aku masa tu. Aku banyak tengok Astro Oasis. Dengar zikir dekat Indahnya Iman, tengok rancangan sembang Dato' Mashitah.

Tapi betullah orang cakap, kita kalau nak berubah memang senang. Sangat senang! Boleh je, "Eh, aku nak berubah la. Aku nak jadi baik. Tak nak dah jadi jahat lagi." Yang sebenar-benarnya, istiqamah tu yang sangat sukar untuk dicapai dalam diri setiap manusia. Tak kiralah dalam apa jua perkara. Percayalah. Tanyalah sesiapapun, "Senang tak, nak istiqamah?" Majoriti akan jawab, "Susah" Kenapa susah? Sebab, kita sedang berlawan dengan hati dan nafsu. Kita sedang menolak perkara yang kita suka, perkara yang dah kerap kita lakukan, perkara yang dah sebati dengan diri kita.

Aku admit, aku berubah time tu untuk beberapa bulan je. Lepas aku dapat tawaran belajar dekat UiTM Penang, perangai lama aku datang balik. Baju seluar ketat, tudung selempang tak tutup dada, tudung jarang, lepak tak ingat dunia, macam macam la. Bila teringat balik, sedih dengan diri sendiri. Kecewa yang teramat sangat T.T

Start pertengahan semester 2 aku dekat sana (nov2011-mac2012), hati aku mula dijentik satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Aku rasa diri aku kosong. Aku rasa aku sangat kerdil kalau dibandingkan dengan orang dekat sekeliling aku. Aku rasa diri aku berdosa sangat. Aku terus teringat mamabah. Aku menangis T.T SubhanAllah. Sesungguhnya, Engkaulah yang memberi petunjuk kepada hamba-hambaMu. Aku bersyukur sangat muncul lagi perasaan tu dekat diri aku. Terima kasih ya Allah!

Satu hari tu, entah macam mana aku dengan budak bilik aku (merangkap classmate dekat uitmpp dan juga ex-schoolmate dekat Selandar) berbincang pasal agama. Lepas tu terbukalah cerita masa aku lepas SPM dulu. Cerita punya cerita rupa-rupanya apa yang aku alami dulu tu lebih kurang dengan apa yang dia lalui. Dan, start hari tu barulah aku tahu cerita dia. Tu laa namanya jodoh. Allah pertemukan aku dengan dia dekat penang untuk saling membantu, saling mengingati, saling menasihati, saling mendukung. Sedangkan time kat sekolah dulu kitaorang tak pernah bertegur. Ini serious! Tak percaya? Sila tanya dia. 

Alhamdulillah, aku mula baca al-Quran semula. Sebelum ni tidaklah aku tinggalkan tapi nak pegang al-Quran tu rasa macam susah sangat. Shame on me =.= Korang semua jangan sesekali tinggalkan al-Quran okay. Kawan aku ada cakap, “Sehari kita tinggalkan al-Quran, 3 hari dia tinggalkan kita.” Sangat rugi kot. Sebab nanti dekat akhirat al-Quran boleh jadi syafaat kepada kita. So, jangan tinggalkan al-Quran. Kalau tak mampu nak baca, at least kita dengar alunan ayat al-Quran pun cukup. Kali ni aku baca sekali dengan tafsiran ayat. Kalau ada terjemahan ayat yang boleh aku amalkan atau praktikkan dalam kehidupan harian aku akan tandakan. Antaranya adalah;

Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi langit. (Surah al-Isra': ayat 37)

...jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dengan rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir. (Surah Yusuf: ayat 87)

Mama memang orang yang suka membaca, ada satu hari tu mama baca buku wasiat untuk wanita dari Rasulullah.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari kiamat yang sinarnya akan melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di dalam rumahnya didunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula diri sendiri yang mengamalkannya. (HR. Ahmad dan Abu Hakim)

Lepas aku ngaji aku duduk la sebelah mama. Then mama tunjuk dekat aku hadis ni, mama cakap, “Terima kasih.” Aku speechless. Korang bayangkan seorang ibu ucapkan terima kasih kepada anak. Penghargaan yang sangat besar. Aku senyum, cakap sama-sama. Straight aku pergi dapur. Ya Allah, rasa macam nak nangis je. Tapi aku tahan takut kantoi mama nampak nanti. Hee

Aku mula tertarik untuk membaca buku-buku agama. Boleh tahan banyak jugaklah yang aku dah beli. Ada yang aku bawak balik rumah, ada yang aku tinggalkan dekat kolej. Dalam banyak-banyak buku tu, banyak jugak laa yang tak habis baca lagi. Hehe. Lepas ni kena habiskan semua buku tu dulu baru boleh beli buku lain. Now, dalam wishlist dah berderet buku nak beli. Haha! Dan tak lupa, wanie pernah hadiahkan dua buah buku untuk aku. First, Kisah Cinta dalam Al-Quran, kedua Pemilik Cintaku. Dua-dua buah buku best. Tapi aku lagi suka buku Kisah Cinta dalam Al-Quran. By the way, thanks wanie!


 Haa kalau korang nak tahu, masa awal-awal aku berubah tu banyak kes kematian dekat sekeliling aku. Time tu aku rasa macam turn aku dah dekat. Sangat dekat. Sampai aku beli buku tajuk Indahnya Kematian dengan Persediaan untuk Mati. Fuhh! Aku sarankan kepada korang untuk banyakkan membaca buku-buku agama. Selain menambah ilmu pengetahuan, ia buat kita dekat dengan Allah.

Naik je semester 3 (Jun2012-Okt2012) aku dah mula mengenakan handsocks dan jugak stokin. Alhamdulillah masih kekal sampai sekarang. Lagipun aku akan rasa tidak selesa bila keluar rumah, pergi jalan-jalan tak pakai dua benda ni. Lagi satu, inner neck. Disebabkan aku pakai tudung bawal jenis cotton tu, so aku memilih untuk memakai inner neck. Tudung tu jarang sebenarnya, kalau pakai boleh nampak batang leher. So, better pakai inner neck ya kawan-kawan. Kalau korang pakai tudung indon ke, Syria ke pakai la inner atau anak tudung yang full tutup rambut. Kalau tak nanti, rambut korang tercacak-cacak keluar. Ni opinion aku je.

Kawan aku pernah tanya kenapa aku tiba-tiba berubah. Aku sebenarnya tak tahu nak jawab apa dekat dia tapi yang penting aku tak nak jadi penyebab kepada abah, abang-abang, bakal suami dan juga bakal anak-anak lelaki aku melangkah ke neraka. Astaghfirullah, mintak dijauhkan. Cukuplah diri aku sorang je yang tanggung semuanya. Bila aku fikir balik, banyak sangat dosa yang aku lakukan. Aku yang buat semua tu. Takkan lah nak biarkan orang lain yang tanggung. Betul tak? 

Hmm, memandangkan mama dah bersara so aku banyak luangkan masa dengan mama sekarang ni. Lately ni aku selalu tanya dekat mama macam-macam soalan. Aku pernah tanya, “Mama tak marah ke anak-anak mama couple?” Mama jawab, “Kalau mama marah, awak semua tak couple ke? Dah nama remaja, jiwa kuat memberontak. Kalau mama halang, macam-macam benda buruk boleh berlaku.” Aku dengar, mengangguk kepala je. Aku baru dapat tahu apa yang mama rasa selama ni. Kita sebagai anak telah meletakkan ibu bapa kita dalam keadaan serba salah. Berbelah bagi. Mama jawab lagi, “Kalau mama tak bagi, awak semua cakap mama mengongkong. Kalau mama bagi, nampak macam mama tak sayang anak pulak”. Shame on me, again. Rasa macam buah durian jatuh atas kepala. =’( Ya Allah, ampunkan aku, ampunkan kedua mamabah aku.

Sahabatku, aku juga ingin mengajak korang untuk merajinkan diri dalam perbanyakkan amalan-amalan sunat. Contohnya, puasa sunat, solat sunat Dhua, solat sunat hajat, solat sunat syukur, solat sunat istikharah dan yang paling penting, solat sunat Taubat. Nampak susah nak buat. Ya aku pernah alami benda tu. Tapi korang akan rasa seronok bila dah buat. Once korang tertinggal even ada sebab yang munasabah tapi korang akan rasa tak best. Ini serious! Aku tak tipu. Aku pernah time final haritu nak exam calculus, hati aku tak tenang sangat. Gundah gulana je hati aku. Padahal aku dah study before tu. Aku telefon mama, mama cakap normal la tu. Mama suruh calm down. Okay, rasa lega sikit. Then, aku buat keputusan nak buat solat sunat hajat dan istikharah. Alhamdulillah. Aku dapat study dengan tenang lepas tu. Terima kasih ya Allah! :) Korang kena try, tak rugi pun. Belum cuba belum tahu. Hehe


Sekarang ni aku sedang berusaha memperbaiki diri. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Aku mohon kepada kawan-kawan aku, jangan persiakan hidup kita. Kita hidup cuma sekali. Sekarang masih belum terlambat lagi untuk berubah. 

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut" [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Jangan biarkan istilah terlambat mengaburi langkah kita untuk maju ke depan. Allah sentiasa dan tak pernah jemu untuk menerima taubat kita. Nampak tak, betapa Allah sayang dekat kita.


Dalam kehidupan kita ni, macam macam yang akan berlaku. Ujian Allah sangat banyak. Jangan risau, Jangan mudah mengalah. Hadapinya dengan tenang. Minta pada Allah, walauapapun ujian yang Dia beri pada kita, minta diberi kekuatan dan kesabaran untuk mneghadapinya. Ingat ni,


Aku harap korang tak pandang aku dengan high expectation. Aku budak baru belajar. Tak sempurna. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Rasa macam bayi yang baru mula merangkak. Kerdil sangat diriku ini. Kepada sesiapa yang sudi mendoakan untuk aku, aku ucapkan terima kasih. Kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mendorong aku untuk berubah, terima kasih. Jazakumullahu khairan kathira :) Semoga kalian sentiasa dibawah rahmat dan keredhaanNya. Aamiin!

Mungkin cerita aku tak sebest cerita kak wardina, tak sehebat kak yatt, atau yang lainnya tapi ambil laa sedikit sebanyak apa yang aku tulis ni sebagai pengajaran hidup. Bersamalah kita mengejar cinta Ilahi yang kekal abadi. Doa banyak banyak kepada Allah supaya hati kita lembut dan mudah menerima apa yang disampaikan kepada kita. InsyaAllah. Doa itu senjata Muslim, gunakanlah sebaik-baiknya. 

Di sini, aku ingin memohon maaf atas segala salah silap yang pernah aku lakukan dekat korang. Harap korang maafkan aku keseluruhannya. Kalau ada yang tak dapat maafkan aku tu, mintak personal la ya. DM di twitter atau PM dekat facebook. Atau mesej dekat nombor aku je. Terima kasih atas kerjasama orang. Dosa dengan manusia ni kalau tak settle tak aman nak mati nanti. Aku mohon lagi sekali, maafkanlah aku.

To my beloved mama and abah, abie mintak maaf sangat sangat dengan apa yang abie dah buat. Maafkan abie jika abie pernah lukakan hati mamabah, maafkan abie jika pernah buat air mata mamabah mengalir. Maafkan abie. Terima kasih sebab dah jaga abie selama ni. Terima kasih sebab dah besarkan abie. Terima kasih sebab didikan dan bimbingan yang mamabah berikan. Terima kasih untuk makanan, pakaian dan keselesaan yang mamabah sediakan. Terima kasih yang tak terhingga. 

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua mamabah aku, sayangilah mereka, berikanlah mereka kesihatan yang berpanjangan, permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat mereka. Jika mereka pergi nanti tempatkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang beriman, di sisi Mu ya Allah. Aamiin!


Pesanan aku, 



Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca entry yang panjang dan yang tak seberapa ni. Aku mohon doakan aku untuk segala aspek. Again, jazakumullahu khairan kathira :) InsyaAllah, kalau umur panjang kita jumpa dekat entry aku yang akan datang. 

Jaga diri. Jaga iman. Jaga solat. Jaga hati.

Assalamualaikum :)