Pergi berkelah ke
Tanjung Bidara,
Tidak lupa membawa
makanan;
Lafaz bismillah pembuka
bicara,
Salam sejahtera saya
ucapkan.
Ewah, berpantun bagai.
Hikhik. Okay, kalau korang semua nak tahu, masa aku form 3 aku punya paper
bahasa melayu pernah dapat markah tinggi sebab ada letak pantun dalam karangan
jenis ucapan *clapclapclap* :D Habis cikgu bawak paper aku tu tunjuk kat
kelas yang dia ajar. Aku ingat lagi, nama cikgu tu cikgu Sahadun. Terima kasih
cikgu :)
Now, dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT :)
Korang semua apa khabar?
Iman sihat? Hati sihat? Harap segalanya sihat la ya. InsyaAllah.
Setelah sekian lama aku
tak menaip, berkongsi ilmu pengetahuan yang aku belajar, kali ni aku dapat
request dari kawan aku. She wanna me to tell a story about my journey in
reaching Jannah. InsyaAllah, jadikanlah perjalanan hidup aku sebagai pengajaran
dan pedoman. Semoga kita diberi peluang untuk terus mendekatkan diri kepadaNya.
Aamiin!
Kalau ada kekurangan
atau kesilapan dalam aku punya penulisan kali ni, maafkan aku :)
Actually, aku tak tahu
nak start dari mana. Hehe
Erm, okay.
Aku rasa perasaan nak
berubah tu datang lepas aku habis SPM. Kawan sekolah aku meninggal dunia masa
PLKN kat Sabah. Masa tu bulan Februari. 15 Februari kalau tak silap aku. Lepas
tu, aku ada tengok cerita Kashaf Imani. Lagu tema cerita tu tajuk dia Tiada
Duka Yang Abadi by Opick. Bila dengar lagu tu, hati aku terus tersentuh. Sayu
je. Lepas tu, aku terus download lagu tu. Setiap kali aku dengar lagu tu, aku
akan menangis. Tapi aku tak tahu kenapa =.= Then, aku jadi addict dengan
opick, mostly lagu dia aku download, aku dengar banyak banyak kali.
Tiada Duka Yang Abadi - Opick
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Lepas tu aku mulalah tertarik dengan pakaian muslimah. Aku try
cari tapi susah nak jumpa, kalau ada pun agak mahal la bagi untuk memilikinya
sedangkan aku pun tidak bekerja waktu tu. Jadi, aku pakai jela baju baju aku
yang agak besar sikit. Masa tu aku tambah ilmu agama aku dengan cara tanya
kengkawan tapi secara personal dan tidak terbuka. Aku tanya pun limit kepada
sorang dua member je. Family aku sorang pun tak tahu niat yang terbuku dihati
aku masa tu. Aku banyak tengok Astro Oasis. Dengar zikir dekat Indahnya Iman,
tengok rancangan sembang Dato' Mashitah.
Tapi betullah orang cakap, kita kalau nak berubah memang senang.
Sangat senang! Boleh je, "Eh, aku nak berubah la. Aku nak jadi baik. Tak
nak dah jadi jahat lagi." Yang sebenar-benarnya, istiqamah tu yang sangat
sukar untuk dicapai dalam diri setiap manusia. Tak kiralah dalam apa jua
perkara. Percayalah. Tanyalah sesiapapun, "Senang tak, nak
istiqamah?" Majoriti akan jawab, "Susah" Kenapa susah? Sebab,
kita sedang berlawan dengan hati dan nafsu. Kita sedang menolak perkara
yang kita suka, perkara yang dah kerap kita lakukan, perkara yang dah sebati
dengan diri kita.
Aku admit, aku berubah time tu untuk beberapa bulan je. Lepas aku
dapat tawaran belajar dekat UiTM Penang, perangai lama aku datang balik. Baju
seluar ketat, tudung selempang tak tutup dada, tudung jarang, lepak tak ingat
dunia, macam macam la. Bila teringat balik, sedih dengan diri sendiri. Kecewa
yang teramat sangat T.T
Start pertengahan semester 2 aku dekat sana (nov2011-mac2012),
hati aku mula dijentik satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Aku rasa
diri aku kosong. Aku rasa aku sangat kerdil kalau dibandingkan dengan orang
dekat sekeliling aku. Aku rasa diri aku berdosa sangat. Aku terus teringat
mamabah. Aku menangis T.T SubhanAllah. Sesungguhnya, Engkaulah yang memberi
petunjuk kepada hamba-hambaMu. Aku bersyukur sangat muncul lagi perasaan tu
dekat diri aku. Terima kasih ya Allah!
Satu hari tu, entah macam mana aku dengan budak bilik aku (merangkap
classmate dekat uitmpp dan juga ex-schoolmate dekat Selandar) berbincang pasal
agama. Lepas tu terbukalah cerita masa aku lepas SPM dulu. Cerita punya cerita
rupa-rupanya apa yang aku alami dulu tu lebih kurang dengan apa yang dia lalui.
Dan, start hari tu barulah aku tahu cerita dia. Tu laa namanya jodoh. Allah
pertemukan aku dengan dia dekat penang untuk saling membantu, saling
mengingati, saling menasihati, saling mendukung. Sedangkan time kat sekolah dulu
kitaorang tak pernah bertegur. Ini serious! Tak percaya? Sila tanya dia.
Alhamdulillah, aku mula baca al-Quran semula. Sebelum ni tidaklah
aku tinggalkan tapi nak pegang al-Quran tu rasa macam susah sangat. Shame on me
=.= Korang semua jangan sesekali tinggalkan al-Quran okay. Kawan aku ada
cakap, “Sehari kita tinggalkan al-Quran, 3 hari dia tinggalkan kita.” Sangat rugi kot. Sebab nanti dekat akhirat al-Quran boleh jadi syafaat kepada kita. So, jangan tinggalkan al-Quran. Kalau tak mampu nak baca, at least kita dengar alunan ayat al-Quran pun cukup. Kali ni
aku baca sekali dengan tafsiran ayat. Kalau ada terjemahan ayat yang boleh aku amalkan
atau praktikkan dalam kehidupan harian aku akan tandakan. Antaranya adalah;
Dan
janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya
engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi
langit. (Surah al-Isra': ayat 37)
...jangan
kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dengan
rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir. (Surah Yusuf: ayat 87)
Mama
memang orang yang suka membaca, ada satu hari tu mama baca buku wasiat untuk
wanita dari Rasulullah.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa
yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, kedua
ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari kiamat yang sinarnya akan
melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di dalam
rumahnya didunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula diri sendiri yang
mengamalkannya. (HR. Ahmad dan Abu Hakim)
Lepas aku ngaji aku duduk la sebelah mama. Then
mama tunjuk dekat aku hadis ni, mama cakap, “Terima kasih.” Aku speechless. Korang
bayangkan seorang ibu ucapkan terima kasih kepada anak. Penghargaan yang sangat
besar. Aku senyum, cakap sama-sama. Straight aku pergi dapur. Ya Allah, rasa
macam nak nangis je. Tapi aku tahan takut kantoi mama nampak nanti. Hee
Aku
mula tertarik untuk membaca buku-buku agama. Boleh tahan banyak jugaklah yang
aku dah beli. Ada yang aku bawak balik rumah, ada yang aku tinggalkan dekat
kolej. Dalam banyak-banyak buku tu, banyak jugak laa yang tak habis baca lagi.
Hehe. Lepas ni kena habiskan semua buku tu dulu baru boleh beli buku lain. Now,
dalam wishlist dah berderet buku nak beli. Haha! Dan tak lupa, wanie pernah
hadiahkan dua buah buku untuk aku. First, Kisah Cinta dalam Al-Quran, kedua
Pemilik Cintaku. Dua-dua buah buku best. Tapi aku lagi suka buku Kisah Cinta
dalam Al-Quran. By the way, thanks wanie!
Naik
je semester 3 (Jun2012-Okt2012) aku dah mula mengenakan handsocks dan jugak stokin.
Alhamdulillah masih kekal sampai sekarang. Lagipun aku akan rasa tidak selesa
bila keluar rumah, pergi jalan-jalan tak pakai dua benda ni. Lagi satu, inner
neck. Disebabkan aku pakai tudung bawal jenis cotton tu, so aku memilih untuk
memakai inner neck. Tudung tu jarang sebenarnya, kalau pakai boleh nampak batang
leher. So, better pakai inner neck ya kawan-kawan. Kalau korang pakai tudung
indon ke, Syria ke pakai la inner atau anak tudung yang full tutup rambut. Kalau
tak nanti, rambut korang tercacak-cacak keluar. Ni opinion aku je.
Kawan
aku pernah tanya kenapa aku tiba-tiba berubah. Aku sebenarnya tak tahu nak
jawab apa dekat dia tapi yang penting aku tak nak jadi penyebab kepada abah,
abang-abang, bakal suami dan juga bakal anak-anak lelaki aku melangkah ke
neraka. Astaghfirullah, mintak dijauhkan. Cukuplah diri aku sorang je yang
tanggung semuanya. Bila aku fikir balik, banyak sangat dosa yang aku lakukan. Aku
yang buat semua tu. Takkan lah nak biarkan orang lain yang tanggung. Betul tak?
Hmm, memandangkan
mama dah bersara so aku banyak luangkan masa dengan mama sekarang ni. Lately ni
aku selalu tanya dekat mama macam-macam soalan. Aku pernah tanya, “Mama tak
marah ke anak-anak mama couple?” Mama jawab, “Kalau mama marah, awak semua tak
couple ke? Dah nama remaja, jiwa kuat memberontak. Kalau mama halang, macam-macam
benda buruk boleh berlaku.” Aku dengar, mengangguk kepala je. Aku baru dapat tahu
apa yang mama rasa selama ni. Kita sebagai anak telah meletakkan ibu bapa kita dalam
keadaan serba salah. Berbelah bagi. Mama jawab lagi, “Kalau mama tak bagi, awak
semua cakap mama mengongkong. Kalau mama bagi, nampak macam mama tak sayang
anak pulak”. Shame on me, again. Rasa macam buah durian jatuh atas kepala. =’( Ya Allah, ampunkan aku, ampunkan kedua
mamabah aku.
Sahabatku, aku juga ingin mengajak korang untuk merajinkan diri dalam perbanyakkan amalan-amalan sunat. Contohnya, puasa sunat, solat sunat Dhua, solat sunat hajat, solat sunat syukur, solat sunat istikharah dan yang paling penting, solat sunat Taubat. Nampak susah nak buat. Ya aku pernah alami benda tu. Tapi korang akan rasa seronok bila dah buat. Once korang tertinggal even ada sebab yang munasabah tapi korang akan rasa tak best. Ini serious! Aku tak tipu. Aku pernah time final haritu nak exam calculus, hati aku tak tenang sangat. Gundah gulana je hati aku. Padahal aku dah study before tu. Aku telefon mama, mama cakap normal la tu. Mama suruh calm down. Okay, rasa lega sikit. Then, aku buat keputusan nak buat solat sunat hajat dan istikharah. Alhamdulillah. Aku dapat study dengan tenang lepas tu. Terima kasih ya Allah! :) Korang kena try, tak rugi pun. Belum cuba belum tahu. Hehe
Sekarang
ni aku sedang berusaha memperbaiki diri. Semoga Allah permudahkan segala urusan
aku. Aku mohon kepada kawan-kawan aku, jangan persiakan hidup kita. Kita hidup cuma
sekali. Sekarang masih belum terlambat lagi untuk berubah.
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut" [Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Jangan biarkan istilah terlambat mengaburi langkah kita untuk maju ke depan. Allah sentiasa dan tak
pernah jemu untuk menerima taubat kita. Nampak tak, betapa Allah sayang dekat
kita.
Dalam kehidupan kita ni, macam macam yang akan berlaku. Ujian Allah sangat banyak. Jangan risau, Jangan mudah mengalah. Hadapinya dengan tenang. Minta pada Allah, walauapapun ujian yang Dia beri pada kita, minta diberi kekuatan dan kesabaran untuk mneghadapinya. Ingat ni,
Aku
harap korang tak pandang aku dengan high expectation. Aku budak baru belajar. Tak
sempurna. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Rasa macam bayi yang baru mula
merangkak. Kerdil sangat diriku ini. Kepada sesiapa yang sudi mendoakan untuk aku, aku ucapkan terima kasih. Kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mendorong aku untuk berubah, terima kasih. Jazakumullahu khairan kathira :) Semoga kalian sentiasa dibawah rahmat dan keredhaanNya. Aamiin!
Mungkin cerita aku tak sebest cerita kak wardina, tak sehebat kak yatt, atau yang lainnya tapi ambil laa sedikit sebanyak apa yang aku tulis ni sebagai pengajaran hidup. Bersamalah kita mengejar cinta Ilahi yang kekal abadi. Doa banyak banyak kepada Allah supaya hati kita lembut dan mudah menerima apa yang disampaikan kepada kita. InsyaAllah. Doa itu senjata Muslim, gunakanlah sebaik-baiknya.
Di sini, aku ingin memohon maaf atas segala salah silap yang pernah aku lakukan dekat korang. Harap korang maafkan aku keseluruhannya. Kalau ada yang tak dapat maafkan aku tu, mintak personal la ya. DM di twitter atau PM dekat facebook. Atau mesej dekat nombor aku je. Terima kasih atas kerjasama orang. Dosa dengan manusia ni kalau tak settle tak aman nak mati nanti. Aku mohon lagi sekali, maafkanlah aku.
To my beloved mama and abah, abie mintak maaf sangat sangat dengan apa yang abie dah buat. Maafkan abie jika abie pernah lukakan hati mamabah, maafkan abie jika pernah buat air mata mamabah mengalir. Maafkan abie. Terima kasih sebab dah jaga abie selama ni. Terima kasih sebab dah besarkan abie. Terima kasih sebab didikan dan bimbingan yang mamabah berikan. Terima kasih untuk makanan, pakaian dan keselesaan yang mamabah sediakan. Terima kasih yang tak terhingga.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua mamabah aku, sayangilah mereka, berikanlah mereka kesihatan yang berpanjangan, permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat mereka. Jika mereka pergi nanti tempatkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang beriman, di sisi Mu ya Allah. Aamiin!
Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca entry yang panjang dan yang tak seberapa ni. Aku mohon doakan aku untuk segala aspek. Again, jazakumullahu khairan kathira :) InsyaAllah, kalau umur panjang kita jumpa dekat entry aku yang akan datang.
Jaga diri. Jaga iman. Jaga solat. Jaga hati.
Assalamualaikum :)
Abie, terharu baca post ni. Ye, mostly kalau tanya orang lain pun kisah mereka lebih kurang sama. Me, too :)
ReplyDeleteFasa yang terasa kosong tu, bila baca memang nostalgik. I was there, too. And I tell you what, masa tu rasa SANGAT perit. Bersyukur sangat dapat keluar dari fasa tu :)
Apa pun, I'm proud with you my friend. Semoga kita sama-sama terus thabat di jalan ini <3
insyaAllah. sama samalah kita doa agar menjadi lebih baik =) take care.
Deletei've been through the "zaman gelap" for myself too ..lucky it's over ..
ReplyDeletealhamdulillah. all the best for your future =)
Deletethanks abie. alhamdulillah. akhirnye kan. dapat jugak tambah siket2 tips. ape yg jadik kat abie tuh mostly same dgn ape yg berlaku kat tasha.. and rasenyer dkt org laen jugak. cume hati maseng2 kene maen peranan kan. kuat kan hati insyaAllah iman akan kuat. same2 laa kite ye. abie doakan tasha jugak tau. and maybe you can also be my personal consultant just like wanie be mine :) boleh kan? hehe.
ReplyDelete