Saturday, June 29, 2013

RAMADHAN IS COMING

Assalamualaikum :)

Apa khabar iman? Dah lama aku tak update entry baru kan? Rindu tak? Muehehe. 

Hari ni dah 30 Jun. Habis sudah setengah tahun 2013. Cepat je masa berlalu kan? Sekarang ni pun aku dah masuk semester lima, tahun ketiga Diploma in Mechanical Engineering. Hoho! Senior dah sekarang ^^ Semoga dipermudahkan urusan aku dan rakan-rakan. Aamiin!

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih diberi nikmat iman dan Islam. Masih lagi diberi peluang untuk bernafas di dunia ini, membaiki kelemahan diri, memohon keampunan dan juga taubat dari-Nya. 

Haa, hari tu kan aku ada bagi tahu yang aku buat intersession masa bebudak tengah cuti semester kan? Result pun dah keluar 27 Jun hari tu. Alhamdulillah. Walaupun rasa kecewa pada awalnya sebab tak dapat apa yang aku nak tapi aku redha. Not bad lah. Itu usaha aku, itu lah yang aku dapat. Terima kasih Allah, terima kasih mamabah, terima kasih semua :') *kesat air mata.

Untuk fakulti mechanical (mechy) bila semester lima, baru diaorang pecahkan course. So, aku pilih untuk ambil course pure mechaninal. Orang cakap, subjek pure untuk budak pandai. Selalu je dengar orang cakap, "Budak pandai je ambik pure". 

No no no. Ini salah. Siapa cakap budak pure mechanical ni budak pandai? Aku rasa, semua orang pandai. Usaha dengan tak usaha je. Korang ingat aku ni pandai sangat ke? Truthly, aku tak pandai pun. Tapi aku selalu motivate diri. Aku jenis yang tak boleh tengok orang lebih dari aku (untuk study je. yang lain, lantaklah *buat masa ni lah) hehe. So, usaha lah kalau nak berjaya. Kalau kita usaha plus doa plus tawakal lagi superb. InsyaAllah, Allah bagi apa yang kita nak. Kalau tak pun, Allah nak hold dulu, Dia nak uji kita. Sama ada kita ni betul serius atau hanya main-main je. Sebab tu la kita tak boleh berhenti berusaha dan berdoa. Tambah lagi, positive thinking! 

Pada aku, orang yang berfikiran positif ni bagus. Dia tak fikir benda buruk. Dia tak menyempitkan kepala otak dia dengan perkara yang nonsense. You know, perkara nonsense ni buat pening kepala. Buat kusut je. Dari something tu simple, kita jadikan benda tu rumit. Ourghhh! Memang tak la. Dari fikir benda buruk berlaku, lebih baik fikir macam mana nak handle or solve problem tu. Betul tak? * ni opinion aku je :)

Oh! Tajuk entry dengan apa yang aku tulis kat atas tu takde kena mengena pun kan. Huehue! Aku memang suka membebel. Sejak kawan dengan wanie la ni aku suka membebel. Kan wanie? :P Hahaha! 

Okay okay. FYI, Ramadhan Is Back! It is Coming! Lagi 9 hari tau. S to the E to the M to the B to the I to the L to the A to the N, SEMBILAN HARI! Excited tak? Aku excited sangat! Rasa macam nak sepanjang tahun Ramadhan. *amboi cik nadia ni kan. Hehe! Tapi serious la, time Ramadhan aku rasa something yang tak dapat aku rasa masa bulan-bulan yang lain. *tutup mata, tarik nafas dalam-dalam. :) Semoga Ramadhan kali ni membawa perubahan yang positif bagi aku. InsyaAllah.


Last. Semalam TRW vs JDT. Tahniah Kelantan sebab menang 1-0 mengalahkan JDT. TRW main memang awesome and layak untuk menang malam tadi. JDT, tak apa. Try next season okay. I'm proud to be one of the JOHOREAN. Sengetkan badan, letak tangan kat mulut sambil cakap, "Wohoo!"  :D 

#JDT #LuaskanKuasamu #MerahBiru
Okay, sampai sini je dulu entry kali ni. Tak plan pun nak tulis apa tapi kira panjang jugak la ni kan. Tiba-tiba idea mencurah. Membebel pun panjang berjela. Hee

Bersihkan hati, sucikan diri, jauhi dengki. Jaga iman, jaga amal, jaga aurat :) Assalamualaikum.