Sunday, April 10, 2011

minyak wangi a.k.a perfume

hye sume ! sehat ? cuaca kat rumah aku sekarang ni mendung dan angin pown tiup sepoi sepoi bahase je . macam nak suroh aku tido je kan. =.= ZzzZzzZzz . kang aku tido betol betol kang susah plak nak bangon . huhu

semalam kan . tangan aku tergatal plak tekan alat kawalan jaoh astro . bukan tekan butang R untuk mengundi pelajar pilihan tapi channel 106 astro oasis . waahaa . terus terbuka laa rancangan SEMBANG BERSAMA DATO' MASYITAH . *teringat classmate sekolah rendah . huhu topik semalam pasal minyak wangi . artis jemputan plak pelakon malaysia catrina ross dengan munif penyanyi nasyid kumpulan hijjaz . aku tengok catrina je , tersentuh hati kecil aku ni . Subhanallah ! cantiknya dy pakai tudung . sebenarnya dah banyak kali nampak dy keluar tv pakai tudung . before ni rancangan semanis kurma . pengacara dy ustazah bahayah dengan suami dy . aku pown suke tengok rancangan tu . cara ustazah mengacara program tu sangat bersemangat lagi laa dibantu oleh suami dy yang suke menghujahkan hadis dan ayat al-Quran plus plus dengan pantun dan lawak jenaka yang berilmiah . great and good job !

okay , menyimpang . bese laa kalau bercerita suke buat iklan kan . hehe jangan marah nanti cepat tua :D

sambung balek ea . dato' masyitah ada cakap fatwa ulama telah menegaskan bahawa minyak wangi yang beralkohol BOLEH digunakan dan dipakai ketika solat dan minyak wangi ini TIDAK haram .

ada beberapa soalan dari orang umum :
  • boleh ke pakai minyak wangi beralkohol ketika solat ?
  • boleh ke pakai minyak wangi beralkohol masuk ke masjid atau surau ?
  • senang citer , boley ke pakai minyak wangi beralkohol ?
 psst , bukan same je ke soalan kat atas tu ? tapi laen laen ayat ? HAHA peduli kan .

jawapannya :
BOLEH . minyak wangi beralkohol tidak haram digunakan . boleh dibawa solat dan dipakai ketika keluar berjalan jalan .

diingatkan bahawa , alkohol yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi , makanan seperti tapai dan juga di dalam arak adalah berBEZA sama sekali . yang diletakkan di dalam arak itu memabukkan dan boley memudaratkan sesiapa yang meminumnya . walhal minyak wangi tidak . faham ?

ingin berkongsi juga . asal usul minyak wangi dan juga mulanya minyak wangi ini wujud adalah dari MESIR . orang zaman purba kala dulu . zaman zaman firaun laa yang memulakan budaya berminyak wangi ini . ia digunakan dalam upacara keagamaan dan juga dipakai seharian . ia dibuat dari bunga bunga dan juga akar akar kayu yang wangi . ia diperah dan ekstraknya diambil untuk membuat wangian .

minyak wangi sunnah atau fitrah ?
  • sunnah . Nabi Muhammad pown memakai wangi wangian . 
ada cerita juga . seorang wanita yang sedang dalam haid datang menemui baginda dan bertanya cara menyucikan kotoran dy . baginda menjawab dan salah satu dari caranya adalah mengambil putik kapas dan letakkan minyak wangi lalu sapu di kemaluanmu untuk menghilangkan bau .

Saidatina Aisyah R.A jugalah yang menyediakan wangian untuk Rasulullah S.A.W. dan wangian yang digunakan oleh Rasul adalah sangat wangi .

sunnah juga ketika :
  • beribadah
  • sebelum membaca al-Quran
  • sebelum melangkah ke masjid atau surau
  • semasa ihram
  • hari jumaat
  • pagi hari raya 
peringatan ! minyak wangi lelaki dan wanita TIDAK SAMA ! dan mempunyai perbezaan . Nabi Muhammad S.A.W telah meletakkan garis panduan bahawa lelaki tidak boleh memakai minyak wangi wanita dan wanita tidak boleh memakai minyak wangi lelaki .

minyak wangi yang paling wangi adalah wangian kasturi . bukan dari jenama terkemuka seperti Polo , Dunhill , Body Shop , DKNY , Ralph Lauren , Charlie dan sebagainya . hehe tapi dari sejenis tumbuhan biasa iaitu kasturi .

 DKNY

 CLAINBORNE

 POLO

 THE BODY SHOP

 CHARLIE

kebaikan wangian kasturi :
  • syaitan takut untuk menghasut kita
  • menguatkan otot dan akal fikiran 
  • mengelakkan dirasuk syaitan dan jin
  • insyaAllah dihapuskan dosa
 WANGIAN KASTURI
 
 >>> kalau orang memberi minyak wangi sebagai hadiah hendaklah diterima dan jangan sesekali menolak .
 >>> orang yang menghabiskan 2/3 daripada hartanya untuk membeli minyak wangi tidak dikira membazir .

baiklah , itu saja ilmu yang hendak dikongsi . so , korang tayah laa risau pasal minyak wangi beralkohol . ianya HALAL digunakan . tapi bagi wanita , jangan laa sembur sampai setengah botol pula . boleh mengundang fitnah tu . tapi jangan pula tak pakai langsong . lagi timbul fitnah kalau orang cakap ada bau busuk . ye kan ? HAHA pandai pandailah kawal yerr .

perkara sunat yang digalakkan : MALU , NIKAH , BERWANGI-WANGIAN .


AKU MENCARI CINTA ABADI
- nadia nurul nabihah ahmad fuad -

Saturday, April 09, 2011

pertanyaan dan jawapan .

hari tu kan . tataw laa kenape tetibe je soalan ni muncul kat dalam minda aq . dengan kepantasan dan ketangkasan aq , aq terus amek pen dan tulis segala bende yang menari nari dalam kepala otak aq ni . hehe *naseb baek kat bilik uh memang ada buku note kecik untuk aq tulis something yang penting :|

*aq edit siket biar korang paham . aq copy paste dr fb je . oryte . ni laa soalan soalan tu :

1. kedudukan permukaan bumi kita kan dah berubah , tapi arah kiblat still same ke ?
2. menangis dalam doa atau solat digalakkan tapi kalau kite pakse menangis , boleh ke ?
3. cara untuk dapatkan cinta Allah ?
4. cam mane kita nak hadapi fitnah manusia ?
5. cara nak lembutkan hati . tak kesah laa diri sendiri or org laen (orang sekeliling) .
6. muka bukan aurat kan ? tapi ad dengar orang cakap bila kte pakai purdah kire dah jadi aurat . betol ke ?

 soalan soalan ni aq tanya kat member aq melalui fb . thank you so much okay :) so, jawapannya adalah :

1. selagi kaabah x berubah , kite tak boley ubah arah kiblat kita .
2. kte boley pakse menangis dalam solat / doa tapi jangan sampai orang laen taw
3. cara nak dapat cinta ALLAH , buat apa yang disuruh tinggal ape yang dilarang *dy ta bape pasti tapi tu jawapan yang dy kasi kat aq 
4. doa ! jangan doakan yang tak baek pulak dah laa . sabar ! sebab ni ujian dari Allah . Allah berfirman dalam al-Quran "seseorang hamba itu tak terbukti beriman selagi dia tak diuji".
5. istighfar , ngaji dan yang paling penting kurangkan pikir  benda buruk pasal orang laen .*teringat post member sekolah aq , "jangan terlalu bersangka sangka" .
6. dalam al-Quran dah cakap aurat wanita seluruh tubuh badan KECUALI TAPAK TANGAN dan MUKA . so , memang tade masalah kalau berpurdah sekali pown .

okay , sekarang telerai sudah kekusutan yang melanda pemikiran aq nie . owyeah ! owyeah ! credit to my friend laa sebab meluangkan masa menjawab soalan aq ni . walhal dy busy sebab rushing nak g melaka kan . ada job dy cakap . sorry yaw ! :D

hee hee hee :) cer cite cer cite . tadi aq pegi kluang ruma akak aq . dy ada wat doa selamat siket . anak buah aq nak sambut birthday . waa haa , kecik kecik dah sambut birthday kan . jelez seyh ! tee hee :B tapi ni aq ada gambar dy . comel kan dy pakai tudung ? 13 april ni umur dy genap 3 tahun . kejap je dah besar anak buah aunty sorang ni .

my wish untuk manjaku :P
  • jangan nakal nakal 
  • jadi anak solehah
  • dengar cakap umi and ayah 
  • sayang adik azim taw
  • aunty doakan dina panjang umur dan dimurahkan rezeki
  • happy always
  • success in your life
  • LOVE YOU LAA !
layan gambar yok !

 kak long nak nampak gigi laa :B

 dina sayang aunty abie kan kan kan :)

 huu =L HAHA


herm , nothing much to say laa . jumpe kat next entry laa ea . daa . As salam :D

AKU MENCARI CINTA ABADI
- nadia nurul nabihah ahmad fuad -

Sunday, April 03, 2011

indahnya jika ALLAH mencintai kita !

credit to hannah saniah sebab bagi aq link iluvislam . tee hee :D *senyum sampai nmpak semua gigi aq yang tak tersusun ni. haha !  tapi bersyukur sebab gigi aq cukup . ta lopong sane sini kan .

bila aq bace je apa yang hana share kat wall aq tu . terdetik teros kat hati aq . " seronoknya bila ALLAH mencintai kita ! indah sangat ! " ta dapat nak digambarkan dengan kata-kata . hanya sujud syukur terjadi akhirnya . aq yakin , korang pown same .kan ? kan ? kan ?

bayangkan kalau Allah cinta kat kita . Allah akan memerintahkan malaikat Jibril untuk menyeru semua makhluk yang ada kat alam semesta ni supaya cinta kat kita juga . bukan senang taw nak rasa dicintai dan disayangi . betapa bertuahnya jika dapat jadi salah satu insan or hamba yang dicintai Allah kat dunia . mesti hidup kita sentiasa diberkatikan . amiin . :)

*rasa macam tataw ap nak cerita lagi laa . nanti bila ad story aq share kat korang ag taw . dun worry , aq blogger yang active . heee =B *macam orang gigi mancong senyum jerr . haha !

bagaimana kau berasa bangga 
akan dunia yang sementara 
bagaimanakah bila semua 
hilang dan pergi meninggalkan dirimu 
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sedari
masihkah ada jalan bagimu
untuk kembali dan mengulangi masa lalu
dunia
dipeluk di dalam hiasan
semua
dan segala akan kembali padaNya
bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi

>>> ya Allah , berilah aku kesempatan waktu . 


AKU MENCARI CINTA ABADI
- nadia nurul nabihah ahmad fuad -