Thursday, April 19, 2012

MENJAUHI UCAPAN KOTOR DAN LAKNAT

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku nak share pasal pengucapan kita setiap hari. Tak kira lelaki ataupun perempuan, tua ataupun muda. Perkara sebegini sepertinya telah menjadi budaya masyarakat kita. Mari kita sama-sama renungkan.

***

Orang mukmin tidak suka mencarut, bercakap kotor, menyakiti hati orang, melaknat dan memaki hamun orang kerana dia tahu Islam melarang perkataan dan percakapan seumpama itu. Perbuatan menyumpah itu berdosa kerana merosakkan maruah orang serta sangat dibenci Allah SWT. Ibn Mas'ud RA menceritakan yang Rasulullah SAW berkata,

"Melaknat seorang muslim itu berdosa dan membunuhnya pula kufur"

Rasulullah SAW berkata,

"Allah benci orang yang suka melaknat dan bermulut celupar"

"Allah tidak suka orang yang bermulut celupar dan suka mencarut"

Wanita mukmin perlu menjaga lidah supaya tidak terjerumus dalam kerendahan moral. kita mengetahui dengan jelas yang Nabi tidak pernah mengucapkan perkataan yang dapat menyakiti hati orang lain, merosakkan reputasi dan menghina kehormatannya. Anas bin Malik RA, pembantu nabi berkata,

"Rasulullah tidak pernah berkata kesat, melaknat ataupun bersumpah. Apabila beliau marah, beliau hanya berkata, 'Apa kena dengan dia? Semoga dahinya diliputi debu!'"

Nabi bahkan tidak pernah melaknat orang kafir yang keras hati pada risalah yang dibawanya. Nabi tidak pernah mengucapkan kata-kata ugutan kepada mereka. Abu hurairah RA berkata,

"Hai Rasulullah, doakanlah supaya kaum musyrikin itu binasa."

Nabi menjawab,

"Aku tidak diutus untuk melaknat, tetapi aku diutus untuk menjadi rahmat."

Nabi SAW bertanya,

"Adakah kamu tahu siapakah orang yang binasa?"

Mereka menjawab,

"Iaitu orang yang tidak ada wang dan harta."

Nabi berkata,

"Orang yang binasa di kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat, tetapi dia menyakiti orang ini, memfitnah orang itu, makan harta orang itu dengan cara haram, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Apabila kebaikannya itu habis sebelum semua mangsanya mendapatnya, maka dosa-dosa mereka pula diberikan padanya lalu dia dicampakkan ke dalam neraka jahanam."

Pertengkaran dan pergaduhan dapat membawa kepada banyak keburukan. Mereka saling melaknat dan mengucapkan kata-kata yang buruk, antara satu sama lain. Dalam keadaan tertentu kita sukar menemui orang yang berakhlak mulia dan saling menghormati dalam masyarakat kita ini. 

***

Harap perkongsian ini dalam menjentik hati kita untuk tidak melontarkan ucapan kotor dan melaknat orang lain. InsyaAllah =)

Jaga iman. Jaga ibadah. Jaga akhlak. Jaga diri

P/s: Dipetik dari buku Kemuliaan Akhlak dan Amalan Wanita Solehah

No comments:

Post a Comment