Wednesday, July 25, 2012

MEGA SALE

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum =)

Salam Ramadhan! Aku berharap sepanjang lima hari kita berpuasa ni, semuanya sihat la ye. Semoga segala urusan kita dipermudahkan untuk hari-hari seterusnya. Amin!

Apa ye nak update untuk kali ni? Dah lama tak menaip rasa awkward pulak. hee >.<

Kali ni rasanya nak share pasal perkara sunat yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ni haa. Bulan penuh berkah, dimana pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Dimana pintu taubat untuk umat manusia dibuka dan diterima Allah. InsyaAllah. Dimana ada kelebihan untuk kita melaksanakan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang kerana syaitan semua dirantai. Hanya tinggal nafsu yang mengawal kita. Tapi, dengan adanya keimanan dihati, pasti kita dapat melawan kehendak nafsu tersebut. Harap-harap begitulah. =)

Mari sama-sama kita rebut peluang yang datang sekali setahun ni. Ustazah usrah aku pernah cakap, bulan Ramadhan ni la THE REAL MEGA SALE untuk kita orang Islam ni. So, janganlah lepaskan peluang yang ada okay. Siapa cepat dia dapat. Siapa lambat, dia dapat jugak, tapi sikit je. Hehe!

Selain daripada baca al-Quran dan juga terawih, kita bolehlah meluangkan sedikit masa untuk buat Dhuha dan juga Tahajjud.

Okay now, kita start dengan solat sunat Dhuha.

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada waktu naik matahari (anggaran 8 pagi hingga 11 pagi). Solat ini boleh dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

1. Bacaan niat



Ertinya: Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.

2. Bacaan rakaat pertama adalah Surah al-Fatihah dan Surah as-Syams.

3. Bacaan rakaat kedua pula Surah al-Fatihah dan Surah ad-Dhuha.

4. Selesai salam, bacalah doa ini



Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikkannya adalah kecantikkanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Barangsiapa yang dapat mengerjakan solat Dhuha secara terus-menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Alhamdulillah, selesai bab solat sunat Dhuha kita beralih pada solat sunat Tahajjud pula.

Solat tahajjud adalah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak dan subuh. Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas, paling kurang 2 rakaat. Jadi cara melakukannya hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam.

1. Lafaz niat



Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Bacaan pada rakaat pertama, Surah al-Fatihah dan al-Kafirun.

3. Bacaan pada rakaat kedua, Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas.

4. Pada sujud akhir digalakkan baca doa ni,



Maksudnya: Ya Allah, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadaMu seorang penolong.

5. Selesai salam bolehlah baca doa. Banyak doa yang diamalkan Rasulullah (boleh google sendiri) tapi doa sendiri pun boleh jugak.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Solat yang paling utama sesudah solat fardhu adalah solat tahajjud/ solat malam. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Alhamdulillah, Allah beri kita kesempatan dan peluang untuk belajar dua jenis solat sunat yang banyak kelebihan ini. Semoga dapat diamalkan sepanjang bulan mulia ni dan berterusan sampai bila-bila. Banyak ganjaran dan hikmah yang kita tak tahu disebalik dua solat sunat ini.

Akhir kata dari aku, Selamat menjalani ibadah puasa. Puasa jangan tak puasa taw. Siapa sengaja tinggalkan puasa berdosa besar. Puasa dibulan Ramadhan merupakan Rukun Islam yang ketiga. Ingat tu!

Jumpa dekat next entry. Jaga iman. Jaga aurat. Assalamualaikum =)







No comments:

Post a Comment