Saturday, February 16, 2013

THINK


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Okay kali ni aku macam terfikir la nak kupas (macam kupas bawang pulak eh) topik pelik tapi baik. Err, macam tak best je tajuk tu. Haha tak kesah la. Yang penting apa yang aku nak sampaikan tu dapat difahami oleh korang semua yang membaca ni. insyaAllah.

First of all, aku nak buat luahan perasaan sikit la kan. Apa pelik sangat ke bila pakai baju kurung pagi, petang, siang, malam? Apa baju kurung tu berlubang-lubang ke? Bertampal-tampal ke? Tak kan? Berbunga-bunga ada la. Sweet gitu. *Perasan* Okay ter-emotional pulak. Huh! Pelik ke bila orang pakai tudung labuh mencecah tanah. *Eh,over* Maksud aku, tudung labuh yang bidang 50 ke, 60 ke, tudung cendawan ke. Tak kesah la yang mana satu. Yang penting tudung labuh. Hmm -.-‘

Aku terasa pelik bila orang pandang pelik pada orang yang berbaju kurung 24 hours, yang pakai tudung labuh. Faham tak ayat aku? Oh yeah! I’m wondering why, why and why? Tak rasa ke bila diaorang pakai macam tu sejuk mata memandang. Yang lelaki pun takde la risau nak jaga pandangan. Maybe kena jaga jugak la sebab takut tersangkut hati pulak tengok keayuan mereka tu kan.

Okay, terpanjang pulak membebel. Ana asifah.

Setelah fikir punya fikir. Selidik punya selidik. Observe punya observe. Dapat la ilham dari Allah. Alhamdulillah. Baru sekarang aku perasan yang perasaan pelik tu datang dari persekitaran yang tak biasa dengan sesuatu keadaan.

Sebagai contohnya,

Persekitaran sekarang pemakaian seperti short sleeve, t-shirt ketat, skinny, legging dan sebagainya. Orang ramai sekarang mula menerima fashion sebegini dan menganggap ianya sebagai trend dan kononnya up to date. Tapi ada juga yang tak boleh terima. Melihat pada keadaan sekarang ni, nampaknya majoriti lebih menerima pakaian seperti yang disebut di atas berbanding pakaian yang longgar serta labuh.

Oleh sebab itu, apabila ada kelompok kecil yang mengenakan pakaian yang longgar dan labuh dalam komuniti di atas, mereka akan kelihatan pelik. Si pemakai juga akan rasa pelik apabila dipandang pelik walhal itulah pakaian yang sering mereka kenakan. I feel sorry for them.

Paling sedih sekali aku pernah dengar ada orang cakap, bila tengok perempuan yang pakai tudung labuh tu, diaorang nampak  busuk. Hello, yang tak pakai tudung pun ada yang busuk jugak. Mind your words please!

In conclusion, dapat aku simpulkan bahawa, feeling atau mindset tu boleh dikawal. Maksudnya, kalau kita rasa takut, kita akan jadi takut. Kalau kita rasa marah, kita jadi marah. So, kalau tanak rasa pelik, jangan biarkan rasa pelik tu menyelubungi diri kita.

Pedulikan apa orang nak cakap, yang penting apa yang kita buat tu betul dan Allah redha. insyaAllah.
Sampai sini dulu coretan kali ni, jumpa di entry akan datang. Jaga diri, jaga iman, jaga segalanya. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment