Monday, May 13, 2013

WANITA, AKAL DAN NAFSU

Bismillah. Assalamualaikum.

Kenapa kamu rosakkan dia? Kamu bukan nak menikah sekarang? Kamu rosakkan dia sekarang dan  tahun-tahun akan datang? kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? Bukankah cara itu lebih suci?

Wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal. Ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis dan sebagainya.

Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu? Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-Quran. Sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum bersedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan. Itu tandanya akal mereka sangat pendek.

Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka. Bagi kamu, couple, chatting, cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana Allah haramkan kita untuk dekati zina. Dekati zina pun tak boleh, makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina, tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini. Jadi, janganlah pandang remeh perkara zina ini. Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina. Apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

Note: Kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita, ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH! Kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk. Memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi. Fb, phone, twitter, internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah. Sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka. Jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari Rasulullah kalau bukan LELAKI? Lelaki yang couple dan yang bersayang-sayang dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu, tolong lah. Korang ada akal kuat. Korang bukan tak tahu. Korang nak memusuhi Allah dan Rasul, itu hak korang, tapi korang kena sedar, nanti korang pun akan ada anak perempuan. Korang suka ke lelaki entah mana-mana berhubung, bermanja, bersayang secara haram dengan anak perempuan korang? Kalau korang redha, nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA. Nauzubillah.

Kepada wanita yang diluar sana dan juga diri ini sendiri, janganlah kita biarkan diri ini penyebab mereka (lelaki) menjadi dayus. Janganlah kita menjadi penyebab untuk mereka melangkah ke neraka. Ya Allah, minta dijauhkan. Sungguh, wanita adalah fitnah yang sangat besar untuk para lelaki.

Karangan di atas bukan penulisan saya. tapi ada ditambah dan dikurangkan. Saya hanya menyebarkannya untuk peringatan diri, keluarga, teman dan para pembaca diluar sana. Mari sama-sama kita memohon keampunan dariNya agar dihapuskan dosa kita yang lalu, sekarang dan juga dimasa akan datang. insyaAllah. Semoga segala apa yang kita rancang menjadi kenyataan (yang baik-baik jela okay). Assalamualaikum :)

Sumber gambar: Mr. Google

Sumber gambar: Mr. Google


No comments:

Post a Comment