Friday, June 29, 2012

WANITA SERING MENANGIS?


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, dah tiga minggu aku dekat Penang meninggalkan kampung halaman. Hehe! Alhamdulillah juga sebab semua berjalan dengan lancar. Aku bersyukur sebab dekat sini still ada orang yang ambil berat pasal diri aku, kira macam pengganti abahmama la. Tegur pasal solat, pasal aurat. Thanks a lot ya friends! =) 

Okay, harini aku nak share something. Artikel harini aku ambil dari blog iluvIslam. Again and again bukan karya or hak cipta aku. Just berkongsi je ^.^

***

Mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Aku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Aku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

***
Betapa hebatnya Allah mencipta wanita. Disebalik kelembutan tersimpan kekuatan wanita. SubhanAllah. So, kepada wanita diluar sana. Jangan sesekali tunjuk kat orang yang anda tu lemah. Sebenarnya anda sangat kuat. Kuat macam gajah. Hehe 

Untuk kebaikan bersama. Jangan lupa baca al-Quran ye. Sehari sekali pun takpe, nanti lama-lama tiap-tiap masa pun nak baca al-quran. InsyaAllah =)


Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari kiamat yang sinarnya akan melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di dalam rumahnya didunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula diri sendiri yang mengamalkannya.

(HR. Ahmad dan Abu Hakim)





No comments:

Post a Comment